Translate

Mesti Baca

Isnin, 7 Mac 2011

Mai Sini Gua Mau Cerita Sikit Tentang Pilihanraya.

 
 Lu mesti ingat lia punya muke, inilah Malaysia punya  'first lady' ma.
Fisrt.... lu jangan main teka-teki tentang pilihan raya umum ke 13, pasal Umno belum lagi bodoh walaupun Umno memang celaka. Lu tahukan siapa penasihat strategi politik Umno jika tidak Apco walaupun Najib cakap Apco dilantik untuk menaikkan imej Malaysia kat mata dunia.

Lu jangan percaya sangat puak-puak ini yang bukan setakat tanam tebu, malah mereka buka kilang gula kat bibir. Apco dilantik untuk menaikkan balik imej Najib yang sudah tercalar teruk diatas peranan Rosmah dalam kes Altatunya. 

Lu ingat Apco dibayar RM 77 juta untuk Najib aje ker, sorrylah bro pasal lu memang kena tipu bolat-bulat sama Najib. Sebenarnya bukan RM 77 juta tetapi lebih dari itu dan gua jangka mungkin melepasi RM 200 juta pasal khidmat itu termasuklah untuk Umno sekali dalam menghadapi pilihanraya.

Lu ingat strategi-strategi pilihan raya datangnya dari kebijaksanaan jentera Umno ker. Lu memang silap Umno mana ada strategi-strategi ni pasal kerja Umno tibai khazanah negara jer. Kerja Umno bawa M.Daud Kilau bawa artis dan bawa dandut. Maka lu sendiri boleh agak itu semua kerja siapa dan Najib sudah terlepas dari soalan tentang duit RM 77 juta tu. 

Kononnya untuk nama baik negara yang sememang dah busuk dan itulah harga untuk minyak wangi agar negara berbau wangi diseluruh pelusuk dunia.  Hakikatnya yang sebenar ialah duit yang diambil dari rakyat telah digunakan untuk Umno dengan melantik Apco sebagai penasihat strtegi politik mereka.

Kenapa PR buat teka-teki tentang PRU 13 yang mana pembubarannya terletak ditangan Najib dan Najib mempermain-mainkan kononnya belum dapat ilham sedangkan pemerintahan rejimnya masih lagi berbaki 2 tahun. Lu mesti ingat, selagi SPR (dengan nasihat Apco) tidak bagi lampu hijau selagi itulah PRU 13 tidak akan dipercepatkan.

Pasal apa gua cakap macam tu, pasal pemindahan pengundi belum selesai sepenuhnya dan PRK adalah satu jalan penyelesaian terbaik buat Umno dalam usaha memindahkan pengundi ke kawasan yang mereka kalah dengan majoriti kecil.

Sebagai controh lu tengok PRK DUN Galas, Merlimau dan Kerdau dimana Umno menang dengan majoriti besar dan tak mustahil dalam PRU akan datang mereka kalah dengan majoriti 300-400 undi di ketiga-tiga kawasan tersebut. 

Ini kerana akan berlaku pemindahan secara besar-besaran pengundi di kawasan yang mereka kalah dengan majoriti kecil. Disinilah terletaknya peranan Umno untuk membantu SPR yang sudah menjadi parti komponen BN dengan mengeluarkan daftar-daftar pemilih yang baru. Lu sendiri tengok bagaimana mesranya SPR dengan Umno dalam berurusan. 

Jika lu tak percaya tanya sama itu Rashid, mantan pengerusi SPR yang mengugut mp-mp bahawa beliau boleh mengugurkan keanggotaan parlimen mereka jika beliau terus dicabar. Lu tahu apa alasan beliau bagi ialah menyaman malu dan jika beliau menang dalam kes saman tersebut maka keanggotaan MP tersebut akan terlucut.

Lu tengok sendiri bagaimana bengaknya seorang yang pernah bergelar Pengerusi SPR. Nampak sangat jahil bab-bab law. Kes saman bukannya kes jenayah ataupun kes rasuah yang boleh lucut keanggotaan seseorang MP.Lepas bersara gua pun tak dengar-dengar namanya lagi, mungkin tiap-tiap malam buat taubat nasuha kut.

Persempadanan semula kawasan-kawasan baik parlimen mahu pun dun setiap 10 tahun sekali, adalah senjata Umno yang paling berkesan. Lu ingat itu semua kerja SPR, lu banyak silap pasal arahan semuanya datang daripada Umno. Memang wakil pembangkang dijemput sama tetapi itu hanyalah sendiwara sahaja ma.

Lu tengok sejak SPR diambil alih oleh Aziz yang warak (pasal dia punya dahi banyak hitam), lu tengok berapa banyak peraturan baru dilaksanakan. Apa lu ingat itu kerja SPR ker, lu lagi silap pasal itu arahan daripada 'fisrt lady' punya tingkat maa.

Jadi lu kena faham betul-betul dan kasi ingat betul-betul apa gua cakap, itu Najib kasi lampu hijau sama SPR, SPR kasi lampu hijau sama Apco, itu Apco kasi lampu hijau sama Najib balik, Najib kasi lampu hijau sama lia punya bini dan lia punya bini itu Rosmah Kasi tiup trompet suruh Najib bubar....... habis celiter

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...