Translate

Mesti Baca

Khamis, 10 Mac 2011

MahaFiraun Yang Mudah Lupa.

Kita jangan lupa......beliau adalah sorang pendokong tegar Umno.

Walaupun pernah dipecat semasa zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman, akhirnya beliau masuk semula dan diberi 'tempat' oleh ahli yang sama tegar dengannya.

Beliau pernah keluar dari Umno kononnya selagi Pak Lah berada ditampuk pemerintahn Umno.....di akhirnya beliau masuk semula ketika Pak Lah di'paksarela' turun dari puncak.

Begitulah tegarnya Mahathir kepada Umno.

Dia mempunyai sikap tiada siapa lebih baik darinya selagi dia hidup.....walaupun sudah tidak ada apa-apa kuasa.....dia akan kritik berhabis-habisan pada sesiapa selepasnya kerana dia ber'perasan' dialah yang terbaik.

Walaupun berlatarbelakang sains (perubatan) dia tidak segan silu bercakap apa topik sekalipun.....samada Agama, kejuruteraan, pertanian, sektor pembuatan, ekonomi walaupun apa yang dia cakap itu banyak salahnya atau ada sikit betulnya......dia tidak peduli apa orang kata kerana baginya dia yang terbaik.

Sesiapa me'lawan'nya akan dipastikan 'musuh'nya itu akan 'mati beragan'......lihat apa yang terjadi kepada Ku Li dan musuh yang paling di'sukai'nya Anwar Ibrahim.

Apa yang di'karut'kan dalam bukunya mencerminkan beliau selain daripada seorang pendokong Umno yang tegar.....beliau juga adalah seorang pen'dendam' yang tegar.

Saya tidak berhajat nak mempertahankan samada Anwar ini tidak bersalah seperti apa yang di'geromal'kan oleh Mahathir kerana saya dididik untuk mempercainya apabila ada 4 saksi yang bukan fasik yang boleh dipercayai yang melihat secara berterang-terangan apa kerjabuat Anwar dengan 'perempuan' yang dimaksudkan oleh Mahathir.

Kalau benarlah Anwar bersalah......sebagai sorang yang berimankan wujudnya hari pembalasan, maka biarlah dia tanggung sendiri.

Kalau setakat nak cerita......sapa sapa pun boleh karang cerita si anu dengan si anu bersenggama......adesss senangnya dalam dunia ni nak menghukum orang lain dengan hanya buat satu buku dan mendedahkan segala2nya......yang paling tak tahan bila tengok dengan dalam TV dengan cebik dan memek mukanya, 'kalau nak saman.....samanlah.'

Kita tidak hairan kalau ramai orang membeli bukunya kerana jumlah orang yang se'kepala' dengannya tak kurang ramai. Jika buku itu menjadi 'best seller' maka lagilah tinggi ujubnya......makin kembanglah 'b - - - - t'nya.

Seperti yang saya katakan, Mahathir adalah seorang pendokong tegar Umno......maka dengan keluarnya buku ini, ianya akan menjadi 'senjata' serta sumbangannya yang terakhir kepada Umno untuk menghadapi PRU13 berlawan dengan Pakatan Rakyat.

Mahathir amat tahu orang Melayu masih ramai gemar mendengar berita-berita sensasi yang berupa 'hearsay'......kisah-kisah yang melibatkan seks dan sebagainya tetapi Melayu juga sudah lupa tentang DIRI Mahathir itu sendiri......hanya Allah yang Maha Mengetahui dan orang-orang Umno sendiri boleh mengiakannya secara sendiri-sendiri......U know I knowlah.....(Sumber)

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...