Translate

Mesti Baca

Jumaat, 11 Mac 2011

Liwat II : Apa Jawapan Rosmah Apabila Beliau Di Kaitkan Dengan Kes Ini.

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini diasak oleh peguambela Karpal Singh dengan cara yang sama beliau mengendalikan siasatannya dalam kes dakwaan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEPereira, adalah saksi ke-25 dan terakhir pihak pendakwaan.

Perbicaraan hari ini hangat apabila pegawai polis yang berpengalaman dalam siasatan lebih 20 tahun itu berkata beliau sebelum ini telah memberi keterangan di mahkamah sebanyak lima hingga 10 kali termasuk kepada inkuiri Suhakam.

Akuinya, beliau adalah juga pegawai yang terlibat dalam kes kontroversial yang membabitkan lima peguam yang mewakili beberapa individu yang menyalakan lilin di luar balai polis Brickfields ditangkap.

"Pegawai penyiasat adalah ASP Ho. Saya adalah pegawai yang bertanggungjawab tidak memberikan akses kepada peguam berjumpa dengan anak guam mereka.”

Pereira berkata pada inkuri Suhakam yang diadakan tahun lalu, beliau telah memberikan keterangannya, namun tidak diterima kerana berlaku sedikit percanggahan.

Karpal:
 Apa sedikit percanggahan? Saya tak mahu ugut awak. Ini percanggahan serious?

Pereira: Ya.

Karpal: Jangan bohong apabila mengambil sumpah di mahkamah!

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian tampil membuat bantahan manakala Pereira berkeras menafikan beliau menipu ketika inkuri Suhakam itu.

NONEKarpal kemudian bertanya, "Apa penemuan inkuiri itu?" Tetapi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencelah dan ingin tahu relevan soalan Karpal itu.

Karpal berkata ia bagi membuktikan kredibiliti saksi dan hakim membenarkan pihak pembelaan meneruskan soalannya itu.
Karpal kemudian meminta Pereira membaca laporan inkuri Suhakam itu.

Pereira: DSP Jude Pereira pada inkuiri tidak memberi keterangan yang boleh diterima kerana beliau tidak berkata benar dan mempunyai 'hilang ingatan'.

Inkuiri Suhakam ketika itu dipengerusikan oleh pesuruhjayanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang juga seorang peguam terkemuka.

Karpal mahu laporan itu ditandakan sebagai bahan bukti tetapi dibantah oleh Yusof yang mencadangkan ia ditandakan sebagai ID (identification). Zabidin membenarkan bantahan itu dan laporan berkenaan ditandakan sebagai ID.

Menyambung keterangannya, Pereira mengakui tiada waran tangkap yang dibawa oleh pegawai yang menangkap pada kejadian itu.

"Namun, waran itu wujud,” katanya.

"Saya difahamkan arahan dibuat oleh (Mohd) Bakri Zinin untuk membuat tangkapan. Saya tidak tahu mengapa.”
Berbalik kepada kes Anwar, Pereira berkata di IPK KL, pegawai polis Supt Ahmad Taufik Abdullah hanya menyempurnakan waran tangkapan itu pada jam 2.40 petang.

"Saya ambil keterangan Anwar pada jam 2.45 petang dan ini berlarutan hingga 5.40 petang."

Menurut Pereira, Anwar adalah suspek dalam kes berkenaan.

Karpal kemudian bertanya kepada saksi sama ada beliau memahami peraturan lokap.

"Seseorang yang ditahan mesti dikurung selepas jam 6 petang,” kata Karpal.

Pereira berkata dia memahami peraturan itu - iaiatu seseorang tidak boleh dibawa keluar dari lokap selepas jam 6 petang.
Karpal: 6 petang hingga 6 pagi - suspek tak boleh dikeluarkan kerana ia waktu rehat.

Pereira:
 Betul.

Karpal:
 Kenapa anwar tidak diletak dalam lokap seperti dalam peraturan kerana dia adalah suspek.

Pereira: 
Anwar belum masuk lokap. Saya tak setuju.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...