Translate

Mesti Baca

Sabtu, 19 Mac 2011

Lagi Demo Tuntut DNA Anwar.... Geng Songkok Tinggi Dah Tak Ada Kerja.

 

Lebih 50 ahli dari beberapa NGO negeri Melaka, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA beliau. 

Barisan yang terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Persatuan Sidang-Sidang Negeri Melaka itu mengadakan perhimpunan di hadapan stesyen bas Melaka Sentral kira-kira jam 1 tengahari tadi. 

Menurut Yang Dipertua PERKASA Melaka, Abd Rahim Osman, tujuan diadakan perhimpun itu adalah untuk mendapatkan keadilan bukan sahaja kepada mangsa dalam kes liwat yang sedang berjalan malah menuntut pihak terlibat bekerjasama agar memudahkan proses pengadilan. 

Beliau berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak kerajaan untuk mempercepatkan perlaksanaan undang-undang bagi mewujudkan satu tabung DNA bagi rakyat negara ini. 

"Saya difahamkan sudah digubal undang-undang untuk menguatkuasakan tabung ini. Ini satu keperluan yang dianggap perlu pada masa akan datang bagi memudahkan pihak polis dalam melakukan siasatan sesuatu kes yang melibatkan jenayah seksual. 

"Ia sekali gus dapat menegakkan keadilan baik dipihak yang terduduh ataupun yang menjadi mangsa. Cadangan itu juga dapat memudahkan semua pihak terutama dalam mempercepatkan proses perbicaraan termasuk pengumpulan bukti untuk proses perbicaraan," katanya.
Abd Rahim berkata, dengan perlaksanaan undang-undang itu juga dapat membantu sekiranya terjadi sesuatu kes dan pihak berkuasa tidak perlu meminta-minta atau menunggu-nunggu untuk dapatkan sampel DNA. 

"Kita melihat perjalanan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu meyusahkan banyak pihak, malah keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA telah melinggahkan proses dan melibatkan lebih banyak wang kerajaan sepanjang perjalanan perbicaraan. 

"Kami sebagai rakyat berasa tidak puas hati kerana ia mengambil masa yang begitu panjang untuk diselesaikan sehingga rakyat pun naik meluat," katanya. 

Beliau merasakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu wajar bekerjasama untuk kebaikan semua pihak. 

"Bagi Datuk Seri Anwar saya rasa eloklah dia bekerjasama. Inilah masanya untuk dia buktikan sama ada dia terlibat atau tidak," katanya sambil menyifatkan perkara itu sebenarnya peluang baginya "membersihkan diri"(MK)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gua gelak guling-guling bila teringat gelagat bodoh puak ni ajak orang lain juga jadi bodoh macam depa. Dep tau dak hukum sains kata DNA tu boleh guna selama-lamanya. Kalau tak caya tak kan DNA dinasor yang dah lupus berjuta-juta tahun dulu dibuat analisis oleh saintis! Sepanjang yang gua tau DNA DSAI pernah dibuat kajian dan jadi barang kes pada 1998 dulu. Cuba congak tengok sampai sekarang berapa juta tahun? Nampaknya puak-puak ni kena masuk sekolah semula.

leekonyou berkata...

Saturday, March 19, 2011
HARON TAIB DESAK ANWAR BAGI DNA !
ketua dewan ulamak pas, dato haron taib dah declare untuk desak anwar bagi DNA dan mintak anwar jelaskan perjuangan pluarisme agamanya..

kepada anak muda yang tak kenal haron taib, dia ni pemimpin pas yang anti syiah. dia sebenarnya lebih kuat posisinya daripada presiden pas.

persoalan...adakah ini signal bahawasanya kumpulan perpaduan mahu pas keluar dari gabungan pakatan.

segalanya mungkin sahabat. haron taib adalah player lama pas.

ingat lagi kes perpecahan barisan alternatif (gabungan pembangkang) yang pernah diwujudkan selepas pilihanraya 1999 ? barisan alternatif berpecah kerana haron taib bertegas mahu pas meneruskan dasar hudud dan negara islam di kelantan dan trengganu.

haron taib sudah melihat akan liabiliti politik yag terpaksa pas tanggung demi mendukung biawak hidup si anwar ibrahim.

kupasan menarik mengenai isu ini KLIK SINI
Posted by GAP KEMBALI at 6:00 PM

Penang Mai berkata...

Berani kerana benar...serahkan DNA Anu War a-juburi... Hampa penakut... jgn dok sembang pasai keadilan... jika kesedaran dan keadilan tiada dlm diri sendiri.. Allah Maha Berkuasa... Hancurkan DAJAL al-juburi...Amin.

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...