Translate

Mesti Baca

Sabtu, 5 Mac 2011

Kalau Pemgundi Tak Berubah Juga, Sah Orang Itu Memang Celaka Pasal Kena Tipu Umno Yang Celaka.

PAS membuat dakwaan terbaru bahawa arisan Nasional (BN) menawarkan “habuan” kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu — bertindak sebagai “pengundi hantu” di kerusi Merlimau esok.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi “habuan” yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi “pengundi hantu”.

“Kita dapat maklumat ada pelajar telah dibayar oleh BN untuk mengundi pada pilihan raya kecil esok.

“Pelajar ini dari sini (Merlimau), saya terima maklumat pelajar ini telah ditawarkan habuan untuk jadi pengundi, kira-kira 750 pelajar akan mengundi mewakili pengundi Merlimau,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Selain pelajar, jelas Halim, ada juga pihak tertentu yang turut ditawarkan dengan “habuan” yang tinggi.

“Maklumat kita dah terima yang mana ia juga ditawarkan kepada orang lain juga.
“Kesemua mereka ini akan mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain iaitu kad pengenalan pengundi Merlimau, katanya.

Beliau berkata “pengundi hantu” itu melibatkan kesemua semua daerah mengundi di Merlimau.

Kata Halim, pihaknya masih belum mengetahui jumlah “habuan” yang ditawarkan.

DUN Merlimau mempunyai tujuh daerah mengundi termasuk Ayer Merbau, Chinchin, Jasin Lalang, Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan Yuhaizat Abdullah dari PAS.

Sebelum ini PAS mendakwa BN telah menjalankan kempen ala samseng dengan mengugut pengundi di DUN Merlimau, namun dinafikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ditanya mengenai program anjuran pertubuhan misteri 1 Malaysia, Halim menyifatkan satu bentuk rasuah terhadap pengundi di Merlimau.

“Ini adalah gejala rasuah terhadap pengundi, ini yang diamalkan BN sama ada melalui pertubuhan... tapi saya yakin itu adalah siri rasuah dan ia sepatutnya tidak berlaku.

“Malam ini mereka akan bagi duit kepada pengundi sebagai rasuah,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, pihaknya berharap supaya BN mengamalkan kempen yang bersih bukan menawarkan “habuan” kepada pengundi.

Kewujudan pertubuhan misteri yang menggunakan nama 1 Malaysia ketika kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau menimbulkan pelbagai persoalan besar mengenai motif sebenar badan itu.

Difahamkan pertubuhan itu beroperasi atas nama 1 Malaysia dan hanya muncul dalam kempen pilihan raya kecil untuk mengagihkan barangan keperluan termasuk mengedarkan kemeja-T tertera logo 1 Malaysia kepada pengunjung khususnya pengundi kawasan Merlimau yang hadir.

Pertubuhan ini dikatakan mengadakan makan tengah hari dan makan malam secara percuma kepada pengundi. Difahamkan program itu dihadiri pengundi bukan Melayu yang jumlahnya begitu ramai.(Sumber)

1 ulasan:

Addin berkata...

salam perjuangan..mohon linkkan blog ana http://addin77.blogspot.com..blog anta dh dilinkkan t.kasih

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...