Translate

Mesti Baca

Jumaat, 11 Mac 2011

Jepun DI Badai Tsunami Mega Dengan 20 Gegaran.

Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun di Jepun, yang melanda timur laut negara itu tengah hari ini (waktu Malaysia), meragut 32 nyawa dengan angka kematian dijangka terus meningkat.
 
 
 
 
Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran loji penapisan gas asli di Tokyo. Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan “kemusnahan besar” di bahagian timur laut Jepun.
Laporan Reuters menyebut sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami.
“Saya amat takut dan saya masih bimbang,” kata Hidekatsu Hata, 36, pengurus sebuah restoran mi Cina di kawasan Akasaka di sini.
“Saya tidak pernah menyaksikan gempa bumi seburuk ini,” kata beliau.

Beberapa loji tenaga nuklear dan pusat penapisan minyak juga ditutup manakala satu loji keluli utama terbakar.

Menteri-menteri Kabinet mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu nuklear selepas laporan media mengatakan kerajaan akan mengisytiharkan situasi darurat tenaga nuklear, yang akan dibuat jika ada pengesahan kebocoran radioaktif atau sistem penyamanan reaktor dihentikan.

Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu. Pengeluar raksasa elektronik Sony Corp menutup enam kilangnya. Gempa bumi pada skala 8.9 ini turut 

menyebabkan kematiandi Fukushima, utara Tokyo, di mana empat juta orang terputus bekalan elektrik.

Amaran tsunami juga dikeluarkan di Sabah, Malaysia selain di Filipina, Taiwan dan Indonesia. Malah amaran yang sama dikeluarkan di Colombia dan Peru. Beberapa gegaran susulan juga dialami di Jepun. 

Tsunami yang disaksikan hari ini adalah paling buruk selepas Disember 2004.

Satu loji penapisan minyak di Tokyo juga terbakar manakala beberapa dozen dipercayai terancam. 

Tsunami juga menyebabkan kesemua pelabuhan di Jepun ditutup.

“(Keadaan) sungguh huru-hara. Kesemua operasi digantung,” kata broker kapal.

“Pelabuhan-pelabuhan akan ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu sehingga penilaian kemusnahan boleh dilakukan,” katanya lagi.

Broker kapal menjangkakan bayaran perkhidmatan kapal akan meningkat dalam jangka pendek memandangkan loji-loji tenaga mendapatkan semula simpanan bekalan manakala syarikat-syarikat keluli pula dijangka mengimport lebih banyak besi untuk proses pembinaan semula.

Laporan berkata tsunami juga dipercayai menjejaskan stok arang batu yang digunakan untuk tujuan penjanaan tenaga.

“Saya amat takut dan saya masih bimbang,” kata Hidekatsu Hata, 36, pengurus sebuah restoran mi Cina di kawasan Akasaka di sini.

“Saya tidak pernah menyaksikan gempa bumi seburuk ini,” kata beliau.

Beberapa loji tenaga nuklear dan pusat penapisan minyak juga ditutup manakala satu loji keluli utama terbakar. Menteri-menteri Kabinet mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu nuklear selepas laporan media mengatakan kerajaan akan mengisytiharkan situasi darurat tenaga nuklear, yang akan dibuat jika ada pengesahan kebocoran radioaktif atau sistem penyamanan reaktor dihentikan.

Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu Pengeluar raksasa elektronik Sony Corp menutup enam kilangnya. (Sumber)

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...