Translate

Mesti Baca

Isnin, 7 Mac 2011

Inilah Jadinya Bila Sudah Makan Duit Tabung Guaman....... Lu Luduk Lombak Apa Tau !!



MENGAPA perlu disalahkan kepada Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi, Timbalan Presiden dan juga Ketua Pemuda PAS apabila PAS tewas di dua kerusi Dun Merlimau dan Dun Kerdau baru-baru ini? Pada saya tulisan Tulang Besi di sini agak keterlaluan di dalam mencari punca sebenar kekalahan PAS termasuk di PRK Dun Tenang.

Beliau mempersoalkan peranan pemimpin PAS tersebut di dalam menarik sokongan terutamanya pengundi-pengundi muda. Tulisan beliau seolah-olah menunjukkan Najib, Muhyiddin dan KJ adalah lebih diyakini oleh golongan muda daripada ketiga-tiga pemimpin PAS tersebut. Justeru itu, beliau menyarankan agar dilakukan perubahan pimpinan di dalam PAS membabitkan ketiga-tiga pemimpin yang disebutkan tadi.

Pada saya, hujah Tulang Besi langsung tidak releven. Adakah jika berlaku perubahan pada pimpinan PAS maka PAS tidak boleh tewas lagi? Faktor terbesar yang paling lojik mengapa PR tewas adalah kerana kita memasuki pertandingan yang amat tidak adil dan dipenuhi dengan amalan korupsi di pihak mereka. Di dalam keadaan begitu pun kita masih mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada kita. Bayangkan jika kita berdepan dengan Umno/Bn sahaja tanpa adanya sokongan dari belakang oleh semua jentera kerajaan, tanpa rasuah dan SPR yang telus, tentu sudah lama Umno/Bn `ghuyub'.

Pemimpin kita telah lakukan yang terbaik, dan peranan pemimpin PAS yang paling berjaya adalah `menjinakkan' DAP dengan Islam yang dibawa oleh PAS. Cuma satu sahaja yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa pemimpin PR masih gagal menekan kerajaan agar melaksanakan sistem demokrasi yang adil. Itu sahaja yang kita perlu utamakan, bukannya menukar kepimpinan yang ada. Sekiranya ditukar sebulan sekali, atau diletakkan pemimpin mana sekali pun dari langit, jika demokrasi yang ada seperti sekarang diteruskan maka kita tidak hairan jika kita akan tewas lagi di masa akan datang.

Bukan kita nafikan kita ada kelemahan di sana sini, tetapi kita harus realistik bahawa jika kita perbaiki kelemahan kita setiap masa, tetapi di hadapan kita masih dihalang dengan berbagai kepincangan, penipuan dan ketidakadilan, adakah kita yakin kita boleh mencapai kemenangan? Umpama pasukan bolasepak yang mempunyai pemain-pemain yang hebat, tetapi mereka masuk padang tanpa kasut, berdepan dengan pihak lawan yang lengkap dan diadili pula oleh Pengadil yang dilantik oleh Tim mereka. Jika Pengadil sudah berniat untuk memberikan kemenangan kepada Tim nya, bukan suatu kerja yang susah. Paling mudah berikan sahaja tendangan penalti kepada Timnya, dan kita tewas.

Justeru itu, saya berpandangan bahawa PAS tidak memerlukan perubahan pimpinan sehinggalah ahli-ahli PAS sendiri ingin melakukan perubahan itu, bukan kerana menang atau tewas di dalam pilihanraya. Pokok utamanya, pimpinan PR mesti lakukan sesuatu untuk mengubah sistem yang sedia ada. Jika tidak, kita harus bersedia untuk menerima kekalahan lagi di masa-masa akan datang. Kesimpulannya, kelemahan yang ada mesti diperbaiki serentak itu juga perbaiki sistem demokrasi yang korup ini.(Sumber)

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...