Translate

Mesti Baca

Khamis, 3 Mac 2011

Dunia Kehilangan Mujadid Abad 21: Allah Mengangkat Darjatnya

Saya cukup memuja akan perjuangan Prof. Nechmuddin Erbakan dan beliau boleh dikatakan orang yang memecah sumpahan Mujadid Said Nursi yang mengatakan Turki akan pulih selepas tujuh keturunan selepas jatuhnya kerajaan Ottomaniah ditangan tuhan sekular Mustafa Kamal Attaturk. Saya amat terkejut diatas berita pemergian beliau, terasa jantung ini jatuh. Sesungguhnya Allah s.w.t. amat menyayangi beliau, dari Allah beliau datang kepada Allah beliau pergi apabila SangPencipta memanggil, tiada siapa yang dapat menahan.
Walaupun beliau digulingkan oleh tentera semasa memegang jawatan Perdana Menteri Turki tetapi peranan yang beliau mainkan amat besar bagi dunia Islam dan Turki amnya. Beliau berjaya memecah tembok sekular yang dianuti oleh pemerintah Turki. Jasa beliau amat besar sehinggalah Recip Erdogan memulih kembali imej Islam kepada Turki abad 21........ Al-Fatihah, pemergianmu diratapi oleh umat islam tetapi tidak bagi Najib One Malaysia yang amat mengagungkan Kamal Attaturk Latnatullah.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua ahli PAS agar menunaikan solat jenazah ghaib untuk pemimpin gerakan Islam Turki yang meninggal baru-baru ini, Profesor Nechmuddin Erbakan.

Erbakan, yang disifatkan sebagai bapa kepada gerakan Islam sedunia termasuk Malaysia meninggal dunia Ahad lepas.

Sementara itu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS telah diutuskan khas oleh Abdul Hadi untuk mewakili beliau ke majlis perkebumian Erbakan.
(Gambar: Dr Syed Azman, 2 dari kiri, bersama dengan Rachid Ganouchi yang turut serta di majlis itu)

Syed Azman melaporkan, jutaan rakyat Turki serta perwakilan gerakan Islam dari seluruh dunia menyhertai majlis perkebumian mujahid agung itu.

Suasana di Masjid Al-Fateh di tengah-tengah kota Istanbul di selubungi rasa sayu dan sedih yang amat memilukan, lapor beliau. 

Pemergian mujahid agong Nechmuddin Erbarkan di tangisi jutaan rakyat Turki serta umat Islam di seluruh pelusuk dunia. 

"Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita," tulis beliau dari sana.
(Gambar: Rakyat Turki menangisi pemergian Erbakan)
Nechmuddin Erbarkan, seorang pejuang Islam yang gigih merupakan bapa perubahan gerakan Islam Turki yang telah merobah corak politik yang ada di Turki.
Beliau pernah di kenakan tahanan rumah, pernah keluar masuk penjara, pernah menjadi Perdana Menteri Turki dan juga amat gigih memperjuangkan reformasi politik di Turki. 

Beliau juga amat di hormati di peringkat antarabangsa serta menjadi ’bapa’ kepada pimpinan gerakan Islam di  seluruh dunia termasuk Malaysia.
Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan Islam yang lain.
"Beliau juga mempunyai hubungan 'istimewa' dengan Presiden PAS, Datuk Sri Abdul Hadi Awang," tulis Syed Azman kepada Harakahdaily.

"Saya yang sempat hadir mewakili Presiden serta seluruh kepimpinan PAS di majlis perkebumian beliau, merasa amat pilu dan sayu apabila melihat hampir dua juta rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk sama-sama bersolat jenazah di masjid Al Fateh di tengah-tengah kota Istanbul.
(Gambar: Jutaan rakyat Turki memberikan penghormatan terakhir kepada Erbakan di tengah-tengah kota Istanbul)
"Semua pejabat dan jalan-jalan di tutup dan rakyat berpusu-pusu dri pagi lagi menuju ke Masjid Al Fateh. 

Turut hadir adalah Presiden Turki Abdullah Gul dan Perdana Menteri Rechab Tayyib Erdogan. Kedua-dua mereka adalah merupakan anak murid kepada Sheikh Erbarkan," lapor beliau.

Pimpinan Gerakan Islam dari seluruh dunia juga turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Mujadid Agong ini, antaranya, Sheikh Rachid Ghanoushi dari Tunisia, Mohammad Nazzal dari Hamas, Sheikh Mehdi Akiff dari Ikhwan Muslimin Mesir, Qadhi Hussien Ahmed dari Jamaat Islami Pakistan serta pimpinan gerakan Islam dari Moroko, Algeria, Sudan, England, Austria dan Afrika Selatan. 

Selepas solat jenazah, beliau di kebumikan di perkuburan Negara yang terletak berdekatan dengan Masjid Al Fateh. 

"Sayu dan pilu saya melihat ribuan rakyat yang menangis terisik-isik mengiringi pemergian mujahid agong ini," katanya.

Dari anak-anak kecik kepada yang tua semua bersedih dengan pemergian pimpinan agong mereka ini. 
Sahabat-sahabat dari gerakan Islam juga tidak dapat menahan rasa sebak dan pilu mengiringi jenazah Mujahid Agong ini. 

Inilah contoh Mujahid agong yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. 

Airmata kesedihan membasahi semua pimpinan gerakan islam yang hadir dan pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti. 

"Selamat tinggal Mujahid Agong Nechmuddin Erbarkan," tulis Syed Azman dalam laporannya.(Sumber)

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...