Translate

Mesti Baca

Selasa, 15 Mac 2011

Blogger Celaka Bergaduh : Lu Bangkul Sampahkan BPN Lagi Baik Ma.

Gua banyak suka ma, pasal blog-blog celaka dan fasik sudah makin caca marba. Lu boleh baca dia punya artikel tetapi lu jangan terlalu percaya dia punya cerita, pasal betui punya cerita lu baca gua punya cerita. Ini cerita bukan pasal nama UMB ke, BPN ke atau Nadi Rakyat, tapi true story itu blogger manyak marah pasal luit tarak masuk poket ma.

Sudah ada isu seleweng bila itu luit sampai satu tangan blogger celaka tapi dia makan sorang-sorang ma, tarak mahu kongsi-kongsi. Jadi dia mahu tutup dia punya skandal, dia panggil blogger-blogger baru mahu jadi celaka kasi ajar pasal itu baru punya blogger tarak manyak cakap ma. Macam lembu dicucuk hidung, lu pun tahu itu baru blogger mana tahu pasal dana-dana nih.

Itu baru punya blogger bila dipanggil buat meeting sudah kira manyak ek maa pasal mahu title blogger. Itu pasal la seleweng punya blogger tarak panggil lama punya blogger celaka dan pasik, nanti dia olang tanya mana itu dana-dana, macam mana mahu jawab. Jadi ini cerita 'Gua tipu lu, lu tipu gua'.
 
Ini Cerita Dati Braveheart
 
Ini adalah post ulangan dengan sedikit ulasan dan komen dari pembaca;

1. Ada berbagai 'interest' masing-masing dalam kumpulan besar ini, mungkin kerana sudah terlalu besar dan 'besar kepala' maka persatuan sudah tidak diperlukan lagi

2. Mungkin juga sudah ada persatuan-persatuan kecil antara mereka yang ada dengan kepentingan sendiri yang membuatkan penubuhan persatuan secara khusus tidak lagi diingini

3. Mungkin juga BPN sudah tidak lagi relaven kerana semangat dan rohani blogger sudah berbaza dari masa dulu

4. Mungkin tanpa sedar kita sudah dipecah-pecahkan oleh sesuatu pihak yang berkepentingan bagi melemahkan kita semua untuk kemenangan mereka dan tanpa sedar kita membantu mereka memsunahkan sokongan kita yang nyata pro kerajaan.
 
Post saya terdahulu:
 
1. Krisis diantara bloggers dengan UMB yang berlarutan beberapa hari ini mungkin dapat diselesaikan berikutan adanya usaha mencari penyelesaian. Dimaklumkan bahawa Tun Faisal sudah mempelawa bloggers untuk mengadakan pertemuan pada hari Isnin nanti. Bagaimanapun saya syorkan kepada Tun Faisal supaya membuat jemputan secara khusus selain jemputan terbukanya itu. Beberapa bloggers perlu hadir bagi menyelesaikan kekusutan itu antaranya Gomo dan The Flying Kick. Saya mengharpkan adanya kebaikan selepas pertemuan itu kelak supaya pihak pembangkang tidak akan mengambil kesempatan dan peluang dari perselisihan faham antara kita.

2. Krisis diantara bloggers dengan Timb. Menteri Pengajian Tinggi, Dato; Saifuddin Abdullah masih diawang-awangan dan tiada penyelesaian. Dato' Saifuddin menganjurkan pertemuan dengan bloggers namun jemputan tidak dibuat secara khusus maka bloggers telah mengabaikannya. Jangan salahkan bloggers. Saya sebagai anak Pahang tentu sekali ingin hadir jika jemputan dibuat secara khusus.

3. Pada malam majlis perjumpaan dengan Dato' Saifuddin Abdullah kami adakan pertemuan sesama kami sendiri di Hotel de' Palma. (Baca Sini). Kami tidak bincang tentang mensabotaj pertemuan dengan seorang Timb. Menteri kerana kami tidak pernah berfikir demikian, tetapi yang kami bincangkan adalah untuk membentuk jawatankuasa penaja Persatuan Bloggers yang Pro kepada Kerajaan. Pada peringkat ini, saya merasakan bahawa kami sudah berjaya melakarkan sesuatu dan pertemuan susulan akan kami adalah dalam waktu terdekat ini. Sudah tentu 'hardcore' bloggers tidak akan dipinggirkan kelak.

Kami berharap dengan tertubuhnya persatuan itu kelak beberapa isu yang selama ini menghantui bloggers akan dapat diatasi, antaranya mengenai 'pass' media yang tidak pernah kami dapati sejak dulu walaupun sudah menyuarakannya sejak sekian lama. PRK Kerdau dan Merlimau menjadi kemuncak kepada rasa tidak puas hati mengenainya.

Kepada sahabat-sahabat blogger, perjalanan kita masih sangat jauh dan kita masih berada diperingkat permulaan, bagaimanapun saya pasti bahawa kita berada dilandasan yang betul dan kita telahpun memulakan langkah yang betul pada waktu yang juga tepat. Kita mensasarkan PRU13 sebagai perjuangan sebenar kita. Saya sendiri merasakan selepas PRU13 nanti akan bersara dari perjuangan ini dengan memberikan peluang kepada blogger generasi ke-2 untuk mengisi segala kekosongan yang ada.
 
Ini Dari Tun Faisal 
 
Adalah menjadi amalan UMB Pusat, pada setiap kali PRK, kita akan mengikut apa sahaja struktur yang dibentuk oleh Jentera Pilihan Raya Negeri. Kita menghormatiheirarki dalam UMNO dan kita akan membantu menambah nilai berdasarkan struktur dan kekuatan jentera negeri. Dalam kes negeri Melaka, kita mengikut apa sahaja yang ditentukan oleh Datuk Akbar Ali, Ketua Pemuda Negeri sdr Karim Yaakob dan Pengerusi UMB Melaka sdr Abd Kadir Mohd Idris. Kita tidak akan melangkaui batas itu sama sekali. Perkara yang sama juga berlaku di Kerdau. Jadi tidak timbul soal rampasan kuasa seperti yang disebut oleh blogger flyingkick kerana kita mengikut apa yang ditentukan oleh negeri.

Kenyataan flyingkick "cubaan 'merampas' kuasa di Kerdau jelas memperlihatkan bagaimana Unit Media Baru tidak lebih daripada sebuah entiti yang sebenarnya cuba menaikkan nama Tun Faisal dalam Pemuda UMNO, bukannya menaikkan Pemuda UMNO secara keseluruhannya."

Saya hendak tanyakan apa yang flyingkick maksudkan tentang rampasan kuasa? Bagaimana hendak dikatakan merampas kuasa, jika dalam mesyuarat pertama untuk PRK Kerdau, bukan saya yang memanggil mesyuarat di Temerloh, sebaliknya saya yang dipanggil untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang ada. Kedua, faham dan tahukah flyingkick apakah struktur operasi UMB di Kerdau? Tahukah flyingkickstruktur operasi UMB (yang kemudiannya didakwa menjadi PMM) di Merlimau? Jika tidak faham, eloklah bertanya dulu sebelum memfitnah.

Ada blogger yang menuduh saya asyik bermesyuarat sahaja. Soalan saya kepada mereka, berapa kali sebenarnya saya memanggil mesyuarat di Kerdau dan Merlimau? Itupun kalau saya yang memanggilnya.

Peruntukan UMB `dijanakan dengan peruntukan yang tidak kecil'? Alhamdulillah, jika memang betul begitu, tetapi setakat ini UMB sememangnya tidak menerima peruntukan. Jangan risau, jika selepas ini Presiden Parti berhajat untuk memberi UMB peruntukan, beliau boleh hantar sesiapa sahaja untuk membuat audit terhadap setiap sen yang diberikan. Itu jaminan saya!

Dalam kes Melaka, harap bersabar kerana saya akan berjumpa dengan Datuk Akbar Ali, sdr Karim, sdr Kadir dan sdr Shahnor untuk menyelesaikan soal UMB Melaka. Insya-Allah, selepas perbincangan itu, kami akan memberi penjelasan tentang isu ini.

Untuk makluman flyingkick, UMB bukan tempat untuk membuat duit. UMB adalah tempat berjuang. UMB mendapat kepercayaan untuk membantu PRK kerana cara kerja kami yang tersusun dan kami menyelesakan ramai pihak kerana redha dengan apa sahaja yang mampu disediakan oleh tuan rumah, termasuk redha jika tidak disediakan bilik operasi di Command Centre. Kami tidak pernah memaksa-maksa, menyerang pemimpin UMNO/BN dan apa lagi untuk 'pau' duit pemimpin. Ramai di antara kami sanggup berkongsi tidur di sebuah rumah, walaupun saya tahu ada seorang dua blogger tertentu yang menyertai UMB di PRK yang tidur di hotel.

Alhamdulillah atas sikap inilah UMB diberi kepercayaan untuk mengendalikan pelbagai program latihan, bukan sahaja untuk UMNO tetapi juga untuk parti komponen dan membantu menyelaraskan gerak kerja penerangan di dalam PRK sejak Manek Urai lagi.

Kenyataan penuh yakin blogger flyingkick saya petik "apatah lagi dengan pintu bilik media yang sepatutnya digunakan oleh para blogger dikunci sepanjang masa dan tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun kecuali dengan IZIN TUN FAISAL!

Walaupun kononnya saya buta `cywar', tetapi nampaknya sepanjang hari ini saya telah membuktikan bahawa blogger flyingkick tidak tahu pun apa yang dia tulis, sekadar menipu dan memfitnah. Menggunakan twitter dan teknik psy-war dan cyberwar yang paling kuno, saya juga berjaya memerangkap blogger Jee dan Parpukari yang rupanya sama seperti flyingkick tidak tahu menahu bahawa bilik UMB tidak wujud di Command Centre Merlimau dan disebabkan itu tidak timbul sebarang isu keizinan diperlukan daripada saya untuk masuk ke bilik berkunci yang tidak wujud itu.

Nasihat saya kepada flyingkick, lain kali pastikan anda berada di tempat tersebut sebelum menulis untuk memfitnah orang lain. Bukan sahaja anda telah berbohong dan memfitnah saya, anda juga telah membantu kelompok anda melakukan kezaliman terhadap saya; menepati takrifan assobiyah yang diberikan oleh Rasulullah saw.

Jelas sdr hanya pandai menipu dan memfitnah dalam blog sdr. Di mana kredibiliti sdr, apabila sdr sendiri tidak faham struktur operasi perang siber dalam PRK yang berbeza mengikut negeri, tetapi masih tergamak untuk memfitnah saya ingin merampas kuasa di Kerdau. Sdr tidak faham pun apa situasi di Merlimau sehingga percaya sebenarnya'ada bilik berkunci yang memerlukan keizinan saya untuk masuk ke dalamnya'walaupun UMB beroperasi di tempat yang lain.

Kalau sudah membuat silap, janganlah sdr flyingkick terlalu ego untuk mengakui kesilapan. Jangan juga terlalu ego untuk meminta maaf. Jika saudara sudi meminta maaf, saya juga sudi memaafkan. Jika sdr masih tinggal di Pandan Mewah, saya boleh menjemput sdr untuk minum petang dan kita boleh anggap semuanya telah selesai dan janganlah sdr memfitnah lagi.

Ya, mungkin UMB tidak sehebat sdr flyingkick, tetapi tidak perlu menghapuskannya semata-mata kerana ia tidak sehebat sdr. Biarkan ia memainkan peranannya seperti biasa kerana jika UMB tidak sehebat sdr, ia sepatutnya tidak menjadi ancaman kepada sdr.

Usaha untuk merosakkan imej UMB nampaknya dilakukan secara berterusan bukan kerana perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara, sebaliknya mungkin kerana kepentingan peribadi. Renung-renungkan tulisan blogger Mohd Soberi Shafii yang dipetik oleh Sinar Harian untuk memahaminya.

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...