Translate

Mesti Baca

Sabtu, 12 Mac 2011

Betapa Bahayanya Malaysia : Pornthip Mahu kawalan Peribadi.

Pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan akan diberi perkhidmatan pengawal keselamatan peribadi sepanjang tempoh beliau berada di negara ini untuk memberi keterangan pada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

NONESeperti permintaannya yang dikemukakan melalui peguam kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar, Pornthip juga memohon tarikh beliau dijadual memberi keterangan pada 16 dan 17 Mac ditukar kepada 18 hingga 20 April.

Berhubung permintaan itu, setiausaha suruhanjaya, Datuk Saripuddin Kasim dalam satu kenyataan berkata mereka telah meminta pakar itu untuk datang pada minggu pertama April.

"Berhubung permohonan menjadualkan semula tarikh memberi keterangan, suruhanjaya telah meminta Dr Pornthip menimbang semula tarikh lebih awal iaitu sebelum minggu pertama bulan April 2011, malah suruhanjaya bersedia menjalankan prosiding pada hari minggu.

"Ini berikutan suruhanjaya perlu menyelesaikan tugasan sebelum atau pada 25 April 2011," kata Saripuddin.
Selain Pornthip, suruhanjaya itu juga sebelum ini berjaya mendapat persetujuan lisan daripada seorang lagi pakar forensik yang terbabit dalam kes tersebut, iaitu, Professor Dr Peter Vanezis dari United Kingdom.

Suruhanjaya Diraja itu ditubuhkan pada penghujung bulan januari selepas inkues selama 18 bulan yang dijalankan membuat keputusan penghakiman terbuka dengan memutuskan Teoh, seorang pembantupolitik DAP tidak membunuh diri mahupun dibunuh.

Pornthip, dibawa oleh kerajaan negeri Selangor semasa inkues lalu berkata berdasarkan bedah siasat kedua yang disaksikannya mendapati Teoh tidak membunuh diri.

NONEPakar yang berkhidmat dengan Institut Sains Forensik Thailand itu juga mendakwa kemungkinan Teoh dibunuh adalah 80 peratus.

Vanezis yang dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia tidak bersetuju dengan penemuan Pornthip dan berkata kecederaan Teoh dialami ketika beliau sedar.

Teoh dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di Plaza Masalam selepas disoal-siasat semalaman oleh SPRM di pejabatnya di Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu, sebagai saksi dalam kes membabitkan salah guna dana oleh seorang exco Selangor.(Sumber)

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...