Translate

Mesti Baca

Selasa, 1 Mac 2011

Ada Masaalah, Jom Kita Mengadu Pada Bik Mama.

Oleh: WFAUZDIN NS

LAKI bini bongkak dan sombong. Sebelum ini ramai yang mengatakan sememangnya Bik Mama Rosmah lebih berkuasa dari Najib.

Rosmah sewaktu melawat sekitar Felda di kawasan Dun Kerdau, beliau menyeru agar pengundi mengundi calon Bn. Untuk menunjukkan hebatnya dia seolah-olah dia Menteri atau lebih dari itu, beliau berkata, "Saya minta 30 minit saja (mengundi Syed Ibrahim). Esok kalau dia menang, ada masalah apa pergilah ketuk pintu rumah dia. "Kalau dia tidak buat apa beritahu saya," katanya. (Petikan dari Malaysiakini).

Mengapa mesti beritahu Rosmah? Pemimpin atau menteri lain tiada `power' kah? Atau, cakap Rosmah mesti ditaati oleh Najib? Mungkin kecut segalanya Wakil Rakyat dari Umno jika mendengar Rosmah berkata begitu. Tidak buat kerja, rakyat akan mengadu dengan Bik Mama.

Terpulanglah pada orang Kerdau. Ada otak, fikir lah baik-baik. Jangan kerana wang ringgit dan habuan keduniaan sampai sanggup gadai maruah diri dan agama. Jika Najib dan Bik Mama jahil tentang agama, takkan kita mahu ikut?/

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...