Translate

Mesti Baca

Ahad, 27 Februari 2011

Blog Ini Dibina Untuk Menyelamatkan Malaysia Daripada Najib dan Rosmah.

Nampaknya budaya kejutan mewarnai dimensi politik baru di Malaysia. Isu baru perlu dicipta untuk menutup isu sebelumnya.

Inilah lanskap baru ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin terumbang ambing. Sekiranya konspirator yang diatur melalui Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 gagal menyegat pastinya BN bakal menjadi arwah.

Jelas kelihatan isu yang diletupkan Raja Petra Kamaruddin dengan akuan bersumpah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Altantuya benar-benar mengejutkan.

Sekiranya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak sering terlena, mungkin beliau akan cepat bingkas dengan isu tersebut.

Sekurang-kurang menyelamatkan kedudukannya di kerusi presiden kerana Datuk Seri Najib Razak semakin tidak bertenaga mencabarnya. Dakwaan kes membabitkan isterinya telah memudarkan karier politik Najib.

Mengharap pelan peralihan kuasa seperti yang pernah dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad, kelihatan seperti tidak mungkin berlaku.

Dan kalau berlaku pun bukan kepada Najib kerana isu Altantuya berlingkar di sebalik kehidupan keluarganya.

Ramai orang berhujah mengapa Najib dan Rosmah tidak menjawab segala tuduhan Raja Petra dengan membuat laporan polis.

Kenyataan Rosmah, di mana beliau memberitahu tidak mahu menumpukan perhatian terhadap isu tidak perlu kerana banyak perkara lain yang harus dilakukan untuk rakyat dan negara mengundang reaksi tidak berpenghujung.

�Kenyataan itu seperti ada sesuatu yang cuba diselindungkan. Dalam situasi sekarang pemimpin Umno mengharapkan sepenuhnya bantuan polis.

�Dan dalam kes Altantuya laporan polis dianggap begitu perlu, setidak-tidaknya dapat membersihkan Rosmah buat seketika,� kata Setiausaha Bahagian KeADILan Pasir Mas, Haji Kamaruddin Zakaria.

Maka mungkin sebagai jalan pintas untuk melakukan kejutan diciptalah isu kes liwat sekali lagi membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setidak-tidaknya ia diharap dapat menutup ruang yang terbuka luas dalam isu Rosmah, Altantuya dan Najib.

Minggu ini semua orang bercakap mengenai liwat, biar pun kesamaran terhadap dakwaan yang dibuat semakin jelas.

Beberapa insiden yang mungkin tidak disengaja antaranya pembatalan sidang media keluarga Saiful memperluaskan ruang gelap kes itu.

Tampilnya individu yang digelarkan sebagai Uncle Pat boleh memperlihatkan siapa sebenarnya keluarga Saiful.

Ditambah pula pendedahan Anwar, ada alibi bagi menyokong penafiannya. Mungkinkah pendakwa bakal mengubah tarikh lagi selepas ini.

�Ia sudah mampu mengurangkan nilai kepercayaan terhadap dakwaan bekas pelajar Uniten yang gagal dalam pengajian tersebut,� kata seorang bekas pegawai kanan Kementerian Kewangan.

Biar pun media harian nampaknya cuba membuat conggakkan bagi menghodohkan wajah Anwar, namun ia kelihatan seperti tersasar.

Kesepakatan pemimpin Umno cuba menafikan wujud konspirasi menjelaskan lagi keadaan. Itu belum lagi diambil kira dakwaan kononnya Anwar licik meraih simpati.

Bagi manusia yang waras, mungkin kes liwat bukan perkara gurauan. Kesnya lebih menguris perasaan berbanding seorang pemandu lori kahwin empat atau pemimpin politik ceraikan isteri muda.

Bagi Timbalan Pesuruhjaya 3, Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah, kes itu tidak perlu dirujuk ke mahkamah sivil kerana ia membabitkan pelaku beragama Islam.

�Tampilkan empat orang saksi sebagaimana ditetapkan dalam perundangan Islam. Kalau sekadar seorang yang membuat tuduhan itu asasnya tidak cukup kuat.

�Lagi pun negara ini sudah dimasyhurkan dengan Islam Hadhari. Inilah masanya untuk memperkasakan mahkamah syariah,� katanya di sini.

Menurut beliau sekiranya syarat empat saksi gagal ditampilkan, maka jelas isu liwat akan menjadi seumpama belon yang meletup kerana terkena rumput.

Kata beliau tanpa perlu pergi lebih jauh, kelihatan jalan cerita kes liwat versi terkini begitu tempang berbanding peristiwa yang pernah diuar-uarkan pada 1998.

Seorang pemimpin peringkat cawangan turut berminat berkongsi isu tersebut. Katanya, isu liwat akan terhenti apabila empat anggota Parlimen BN yang didakwa mahu menyertai KeADILan membuat kenyataan terbuka.

�Kalau sebelum ini isu Ketua Pemuda MIC, S. A Vigneswaran mengeluarkan kenyataan meletak jawatan dan keluar parti kurang dihiraukan, namun empat wakil rakyat BN sertai Pakatan bakal mengejutkan,� kata Haji Mat Soleh, 65 dari Kuala Krai.

Kalau isu Altantuya hampir berjaya ditutup dengan kejutan liwat, maka penghijrahan empat anggota parlimen BN boleh meredakan isu liwat.

Laluan kedua bagi menyahkan isu itu melalui Protes Sejuta Rakyat, 6 Julai ini. Sekiranya berjaya mengulangi himpunan anjuran Bersih November lalu, maka isu liwat beransur-ansur tenggelam.

Tidakkah ini dinamakan politik berskala pendek alaMalaysia. Selepas liwat isu apa lagi yang mampu menggugat Anwar.

Ada orang berhujah, isu liwat bukan mencederakan Anwar, sebaliknya menggugat Rosmah, Najib dan Umno

Tiada ulasan:

Catatan Paling Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...