Translate

PAS DUNGUN

SUMBANGAN UNTUK PRU13

Setiap sumbangan anda boleh disalurkan di akaun Cimb Islamic No: 08130003050202 No: 08130000069100 ____________________________________________________________ Setiap sumbangan anda akan dibalas dengan sepuluh ganjaran. ____________________________________________________________ Setiap ganjaran anda akan menghapuskan sepuluh dosa dan menambah sepuluh pahala. ____________________________________________________________ Sama-sama kita berjihad dijalan Allah swt dengan penuh keredhaan.

Jom Tonton TV Intenet 24 Jam Sehari

Khamis, 16 Mei 2013

Gua Dan Cikgu.


"Saat paling seronok dan gembira untuk dikenang selepas kamu berusia ialah waktu persekolahan", inilah ayat yang dilontarkan kepada gua dan member sekelas oleh cikgu gua. Gua kata kat member gua seronok apanya, tak sekolah lagi seronok. Gua ni bukan nak memuji tetapi dalam keluarga gua IQ gua paling tinggi kerana gua boleh membaca akhbar dalam usia 5 tahun dan Ilmu Hisab (Meth) adalah paling mudah untuk gua tetapi gua memang jenis malas bersekolah. Semasa sekolah rendah, pencapaian gua boleh dikatakan terbaik walau pun gua selalu ponteng class. 

Masa nak ke sekolah gua bersiap dengan uniform tetapi sekerat jalan gua dah masuk gua punya pot, bila habis class gua balik sama-sama dan itulah rutin gua hari-hari. Repot kad yang patut diserahkan kepada ibu bapa, gua tak bagi dan gua tiru tanda tangan bapak gua. Akhirnya gua tertangkap bila cikgu datang jumpa gua punya bapak, lepas tu lu faham-fahamlah bila penyapu bulu ayam melayang. Gua boleh dikatakan cukup samseng kat sekolah, rotan panjang dah jadi makanan kat tapak tangan dan punggung.  Andainya masa dapat dipusing kembali, gua pasti akan belajar bersungguh dan tidak akan ponteng sesekali tetapi masa itu berjalan ke depan tanpa berundur walau sesaat.

Walau apa pun gua cukup menghormati cikgu dan tiada menyimpan dendam pun kerana gua tahu yang gua nih memang jenis degil. Waktu sekolah rendah, guru yang paling gua geruni ialah guru disiplin yang bernama Wan Muhammad dan gua rasa rotan dan penamparnya paling banyak hinggap kat badan gua. Lu jangan haraplah gua nak balik mengadu kat mak bapak bila kena rotan atau penampar kerana gua tahu bila gua mengadu pasti kat rumah pulak gua kena rotan. Cukup berbeza dengan zaman sekarang nih kerana dulu cikgu paling berkuasa tetapi sekarang murid pula yang berkuasa.

Guru dulu diberi amanah 100 peratus oleh ibu bapa untuk memukul anak-anak mereka janji jangan sampai berdarah sudahlah, lebam-lebam biasalah. Murid sekarang jangan kata nak pukul, kena tegur pun mereka berani melawan balik cakap cikgu dan ada yang kena jentik sikit pun terpaksa menjawab di hadapan ibu bapa sampai tahap laporan polis. Gua cukup kasihan dengan cikgu-cikgu sekarang nih yang tidak lagi dihormati oleh ibu bapa dan murid-murid, mereka bagaikan diikat tangan sedangkan mereka ingin memberi ilmu kepada generasi sekarang.

Sebab itulah di antara kakitangan awam, cikgu-cikgu yang paling ramai mengalami stress (tekanan perasaan) kerana sudahlah menghadapi murid pembuli, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dan ditambah dengan pengetua yang jenis suka mengarah. Gua rasa mungkin ramai cikgu setuju dengan pendapat gua yang cikgu boleh menerima kerenah murid-murid daripada menerima kerenah pengetua yang gila glamor, apa lu ingat artis jer yang gila glamor. Gua jumpa lebih ramai spesis pengetua yang suka mengarah dari pengetua yang betul-betul bekerja.

Masa era gua, guru besar masuk mengajar sama dengan cikgu-cikgu lain tetapi sekarang gua rasa kalau 10 buah sekolah mungkin ada seorang pengetua yang masuk mengajar, itu pun jika ada. Kebiasaan pengetua yang gila mengarah a.k.a. glamor tidak akan masuk mengajar kerana mereka lebih suka melihat sekolah mereka cantik daripada melihat murid-murid mereka cemerlang. Jika sekolah itu cemerlang dalam peperiksaan, pengetualah yang melebih-lebihkannya sedangkan ia adalah hasil daripada ketekunan cikgu-cikgu yang memegang amanah. Ini disebabkan mereka gilakan pangkat dan anugerah, jika boleh mereka ingin berada di class JUSA walau pun semua kerja dilakukan oleh cikgu-cikgu..

Jika lu tak percaya lu tanya Jaga Sekolah (JS), siapa tukang kebun JS akan jawab cikgu, siapa potong rumput kat padang JS akan jawab cikgu, siapa cat itu line dibalapan JS akan jawab cikgu, siapa tanam/hias pokok bunga JS akan jawab cikgu, siapa baiki atap bocor JS akan jawab cikgu, siapa mengajar murid-murid JS akan jawab cikgu, pengetua mana JS jawab keluar, bila pengetua ada JS akan jawab besok pagi lu datang tapi jangan awal sangat dan jangan lewat sangat, habis pukul berapa JS jawab saya pun tak tahu.

Inilah realitinya seorang pendidik yang mendidik anak bangsa mereka sekarang ini dan profesional guru bukan lagi bidang yang dihormati. Tenaga mereka di perah bagai buruh paksa dengan gaji yang tidak setimpal berbanding dengan apa yang telah cikgu lakukan. Itu pun belum masuk bab PPD lagi yang mana songel mereka lebih dari kerja. Kerana itulah pengetua yang gila pangkat dengan PPD cukup ngam dan kalau lu tak jumpa pengetua kat sekolah mereka, lu pergi kat PPD pasti lu akan jumpa mereka sedang berborak macam isi dengan kuku.

Gua dulu ada juga buat kerja-kerja kat sekolah yang sebenarnya gua bukan suka pun tetapi kerana gua kasihankan cikgu-cikgu maka gua buat juga, kasihan bro kalau diingatkan pengetua mampus gua tak buat pasal banyak sangat songelnya. Ada menteri pun bukannya mereka nak turun padang, tolonglah jenguk-jenguk sikit permasalahan cikgu dan jangan dengar cakap penasihat-penasihat yang berada di sekeliling. Kabinet baru Najib ada dua orang menteri pelajaran, dari satu tambah satu lagi dan timbalan-timbalannya. Kalau turun padang tu jangan dok dengar sangat cakap pengetua kerana lu akan dengan yang enak-enak jer, jumpa terus cikgu-cikgu tanpa kehadiran pengetua dan balacinya baru lu tahu cerita sebenar. Gua cukup sokong jika BN memberi tambahan sebanyak RM 500 kepada setiap guru kerana ia berpadanan dengan kerja keras mereka.

Sebelum gua mengundur diri, gua mengucapkan Selamat Hari Cikgu kepada semua warga pendidik tanpa prejudis kerana cikgulah lilin yang membakar diri demi menerangi anak bangsa. Tidak ketinggalan keistimewaan buat cikgu-cikgu di SMK Tasek, Ipoh (bersebelahan Tesco) teruskan perjuanganmu, jasa dan pengorbananmu tetap akan dikenang.

Isnin, 13 Mei 2013

Siapa Sebenarnya Rasis, Pintu-Pintu Sosma Mula Berbunyi.

 

Nampaknya Umno cuba melakukan perkara yang sama apabila Perikatan tewas dibanyak kerusi pada pilihan raya 1969. Peristiwa hitam dalam sejarah negara 'Peristiwa 13 Mei' cuba diulangi oleh Najib bila meniupkan api perkauman. Para pemimpin PR perlu ingat dan berjaga-jaga kerana Najib sedang mengikut jejak langkah bapanya dan pintu-pintu Langkah-Langkah Pencegahan Khas (Sosma) sedang berbunyi. Zul Firaun Besar patut ditahan kerana cuba mencurah minyak untuk membakar keharmonian yang kita kecapi sekarang ini. PAS, PKR dan DAP bukannya parti perkauman seperti Umno, MCA, MIC dan Ngo Perkasa yang cuba ulangi peristiwa tersebut setelah BN tidak mendapat undi popular walau pun mereka menang dalam PRU 13. Jika dulu alasannya ialah komunis telah menyusup masuk dalam parti Buruh, sekarang ini mereka menggunakan perkataan rasis kepada DAP. Gua petik dari laman web

Bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj berkata provokasi komunis yang melampau antara faktor tercetusnya peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969.

Komunis telah menyerap ke dalam Parti Buruh menganjurkan satu perarakan seorang pemuda Cina yang mati terbunuh yang dinobatkan sebagai ‘Pahlawan Merah’.

Parti Buruh diasaskan oleh Ishak Hj Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako.

Tunku Abdul Rahman berkata demikian ketika menulis buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei”, terbitan Utusan Melayu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1969.

Menurutnya anasir komunis melakukan provokasi melampau itu untuk menjayakan agenda mereka memulau Pilihan Raya Umum bagi mengagalkan Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara bebas dan merdeka serta menjalankan sistem demokrasi.

Tunku Abdul Rahman juga turut mendedahkan penglibatan seorang pemuda Melayu bernama Syed Hamid Ali (adik kepada Syed Husin Ali, bekas Presiden PRM), Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya antara individu yang terlibat aktif dalam penganjuran perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’ itu.

Impikasi perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’ itu yang berlaku pada 9 Mei antara saham utama tercetusnya isu peristiwa hitam 13 Mei 1969.Baca Seterusnya

Jumaat, 10 Mei 2013

Kemenangan PAS Dungun Adalah Kemenangan Gua Juga.

Wan Hapandi (kiri), Satiful, Wan Hassan dan Alias meraikan kemenangan mereka selepas diisytiharkan memenangi kerusi ditandingi.

DUNGUN – Pas Dungun yang mendapat sokongan besar pengundi muda dengan slogan utama mereka Ini Kali Lah mencipta kejutan apabila menang bergaya di tiga kerusi Dun dan satu kerusi Parlimen, sekali gus melenyapkan impian Barisan Nasional (BN) Dungun untuk menyapu bersih semua kerusi ditandingi.

Tindakan Badan Perhubungan Pas negeri yang meletakkan Wan Hassan Mohd Ramli di kerusi Parlimen Dungun meninggalkan kubu asalnya DUN Sura ternyata berbaloi apabila beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan menang bergaya mengetepikan pencabarnya, Datuk Wira Rosli Mat Hassan.

Dengan undi 35,348, Wan Hassan berjaya meletakkan dirinya sebagai pilihan utama pengundi berbanding Ketua Umno Bahagian Dungun itu yang ketinggalan 3,942.

Wan Hassan yang sempat ditemui berkata, beliau bersyukur atas kemenangan itu dan menyifatkan kejayaan itu berkat doa dan sokongan semua pihak.

“Terima kasih kepada semua yang bekerja keras untuk memastikan kemenangan ini.

"Kepada pengundi pula, InsyaALLAH saya akan memberikan khidmat yang terbaik untuk anda,” katanya.

Bekas guru yang menjadi calon Bebas, Mazlan Harun pula hanya memperoleh 384 undi.

Bagi calon BN Dun Paka, Datuk Matulidi Jusoh, jawatan sebagai Ahli Parlimen Dungun dan Pengerusi Penyelaras Dun Paka yang disandang sebelum ini ternyata bukan ukuran apabila beliau yang memperoleh 10,851 terpaksa akur kepada kehendak pengundi yang memberikan 12,138 undi kepada kepada Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Satiful Bahri Mamat.

Matulidi dalam satu kenyataan disiarkan di Sinar sebelum ini yang yakin bahawa rakyat Paka akan memilih BN, kalah di tangan Satiful yang mendapat majoriti 1,285 undi.

Seorang bekas guru, Wan Hapandi Wan Nik yang mengambil tempat Wan Hassan pula berjaya mengekalkan kemenangan Pas di kerusi Dun Sura, selepas mendapat 8,952 undi mengetepikan pencabarnya, Zakariah Ali dengan 5,995.

Biarpun menang tipis, namun pesara guru, Alias Harun yang tampil dengan imej ‘low profile’ melengkapkan pengaruh Pas di Dungun apabila menumbangkan seorang lagi pemimpin kanan Umno, Datuk Zaa’bar Mohd Adib, bekas Exco dan penyandang dua penggal kerusi Dun Rantau Abang.

Alias yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Alias mendapat undi 8,964 berbanding Zaa’bar 8,823 undi.

Seorang lagi calon Pas, Ruslan Ismail yang mendapat 4,408 undi bagaimanapun terpaksa akur kepada pencabarnya, Roslee Daud yang menang dengan majoriti 2,558 selepas mendapat 6,966 undi.

Calon PKR kerusi Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin hanya memperoleh 52 undi.

Proses penjumlahan undi yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun berakhir kira-kira jam 1 pagi dan pengisytiharan keputusan pilihan raya P.039 Dungun dilakukan oleh Pengurus Pilihan raya, Mohd Akil Mat. Gua akan ulas tentang perkara ini pada sedikit masa nanti./GANR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Paling Popular